Monday, 22 December 2014
Simple giveaway By Licha
Hadiah yang ditawarkan ialah berupa wang ringgit sebanyak RM 120 ringgit untuk 6 orang pemenang, hadiah misteri dan review blog dari penganjur. Menarik bukan?.
Tuesday, 26 August 2014
Semoga, kisah yang ini dapat membuka pintu hati dan kesedaran untuk kita semua yang masih bergelar pelajar. Beliau lalui sepanjang bergelar pelajar sehingga menjadi pelajar terbaik di universiti di luar negara akan memberi motivasi kepada kepada kita semua untuk menjadi pelajar cemerlang.
So, kawan kau ni nak berkongsi sedikit dengan Korang apa yang mengubah hidup beliau?
Korang dah bersedia untuk membacanya?
Ini Kisah Yang Mengubah Hidup Saya [penulis]
Untuk makluman korang , semasa saya di sekolah rendah dahulu, saya gagal memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Puncanya, saya banyak bermain dan tidak fokus kepada pelajaran saya.
Akibatnya, saya tidak layak masuk ke mana mana sekolah berasrama penuh mahupun MRSM. Sedihnya saya pada waktu itu, hanya Allah yang tahu.
Syukur Alhamdulillah, saya layak masuk ke SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang. Di situlah kehidupan saya mula berubah.
Nasihat Dari Seorang Guru
Pada suatu hari, seorang guru masuk ke kelas saya. Saya masih ingat, nama cikgu ini Cikgu Abdul Rashid. Beliau mengajar subjek Kemahiran Hidup. Pada waktu itu, saya masih di Tingkatan 1.
Di dalam kelas, beliau bertanya kepada kami.
“Saya nak tanya kamu semua dua soalan mudah. Yang pertama, berapa umur kamu semua sekarang?”
“13 tahun cikgu,” kami semua menjawab serentak.
“Soalan kedua saya, biasanya pada umur berapa seseorang itu akan mati?”
“60-70 tahun cikgu,” kami memberi jawapan yang pelbagai mengikut sangkaan masing-masing.
“Ok, sekarang ini, umur kamu 13 tahun. Insya Allah, dalam tempoh 10 tahun lagi umur kamu 23 tahun, waktu itu kamu dah habis belajar sampai peringkat ijazah. Kamu semua sedar tak, kamu sebenarnya hanya akan belajar selama 10 tahun sahaja lagi.” Cikgu Rashid menerangkan kepada kami.
“Sekarang, katakanlah seseorang itu mati umur 63 tahun. Maksudnya selepas umur 23 tahun. Kamu masih ada lagi 40 tahun untuk hidup. Betul tak?” Cikgu Rashid bertanya kepada kami.
“Betul cikgu,” kami semua menjawab. Pada waktu itu, saya masih tidak faham.
Apa rasionalnya cikgu bertanya kami dua soalan ini. Sehinggalah cikgu menerangkan kepada kami.
“Sebenarnya macam ni. Saya nak kamu semua faham. Kamu hanya akan belajar di sekolah dan universiti dalam tempoh 10 tahun saja lagi. Kalau nak susah untuk baca buku pun, dalam 10 tahun ini sajalah. Kalau nak belajar rajin-rajin pun, 10 tahun ini sajalah. Lepas tu kamu tak payah belajar di sekolah atau universiti lagi dah.”
“Tapi kamu sedar tak, kalau kamu belajar betul-betul sekarang ni, kamu akan dapat keputusan yang baik. Nanti kamu akan dapat pekerjaan yang baik-baik. Dapat gaji yang besar. Kamu akan hidup senang lagi 40 tahun."
"Tapi, kalau kamu main-main dalam tempoh 10 tahun ni, keputusan peperiksaan kamu tak bagus, kamu akan susah mendapat pekerjaan. Gaji kamu pun rendah nanti. Kesannya, kamu mungkin akan hidup susah selama 40 tahun lagi.”
“Jadi, saya nak nasihatkan kamu. Belajarlah bersungguh-sungguh sekarang ni. Korbankan ‘keseronokan’ kamu untuk 10 tahun ini. Insya Allah. Kamu akan hidup senang selepas itu.”
Ya Allah, saya baru faham apa yang cikgu maksudkan. Mendalam maksud cikgu tu. Nasihat yang Cikgu Rashid sampaikan kepada saya itu benar-benar terkesan di hati saya.
Dari situlah saya mula bangkit. Belajar bersungguh sungguh.
kalau yg form 5 tu ada lah masa lebih kurang 6 tahun lagi. sempat sngt lah klu nk ubah diri. Masa mmg bnyk lagi but klu dari skarang x nk buat bila lagi mahu buat. Kalau kerja nk buat asyik bertangguh jek bila masa nk siap. So,kuatkan smngat...
#cp
Subscribe to:
Posts (Atom)