Monday 28 July 2014

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2014



"...hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani "(An-Nuur 24:22) 

Jangan jadikan setiap kali hari raya sahaja adalah hari untuk kita memohon kemaafan. Tetapi walaupun bukan hari raya pohon la kemaafan kepada ibu bapa, kawan, sahabat kita dan orang sekeliling kita yang pernah kita lakukan kesalahan......Kerana manusia atau insan ini takkan pernah lari dari melakukan kesilapan....

Kemaafan dipinta andai terlepas kata, tersilap bicara, terkasar bahasa serta salah dan silap sepanjang kita bersahabat.. Kira 0-0 eh?semoga kita semua dapat berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun yang seterusnya...Salam Syawal 1435H...

Kawan-kawan semua jemputlah datang rumah ya. Confirm dapat duit raya.X payah nak segan2. Rugi lah kalau segan .Duit x dapat,kuih pon sama n mostly important kesalahan tue x diampunkan oleh faiz. So,datang ya .. KU PASTI MENUNGGU AKAN KEHADIRAN DIRIMU WAHAI SAHABATKU

PERINGATAN:
Bila berkumpul bersama keluarga di hari raya nanti...jangan la asyik nak pegang smartphone saja...sebab bukannya selalu dapat berkumpul bersama keluarga dan sanak-saudara kan...Salam Aidilfitri 2014 ! hee


Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Singgah Lagi :)