Tuesday 4 March 2014

Catur Mssj 2014 Part 2

Ok.Kita terus kepada sambungan cerita.Malas lah nak basah basi.Pada yang belom baca Catur Mssj 2014 Part 1.Boleh klik sini

Hari kedua pulak.Macam biasa,bangun pagi terus pergi mandi.Lepastu,solat kat surau dan terus bergerak ke ADTEC semula untuk pertandingan catur.Sebelum perlawanan kami semua pergi makan di kantin ADTEC.Tak tahu lah nak panggil apa tempat makannya.nak cakap kantin or restaurant.Perlawanan ketiga nasib baik lah menang.Lawan dengan budak Pengerang.Perlawanan keempat pula lawan lagi daerah sama.Lawan dengan si Sabri.Sama seperti perlawanan kedua,tak kalah tapi resign jek.Selepas perlawanan keempat kami semua pergi ke surau ADTEC untuk solat jumaat.Jangan pelik pulak.Suraunya besar gila macam masjid n ramai pulak tue orang.Lepas dah solat,pergi semula ke dewan untuk perlawanan yang kelima.Perlawanan kelima boleh kalah pulak sebab termakan umpan.Buat malu jek.Oleh sebab kalah terlalu cepat,faiz,azam,daus dan sabri pergi jalan-jalan di sekitar ADTEC.Terjumpa pulak futsal.Ada bola pulak tue.Terus pergi main 2 vs 2.Faiz dapat team dengan azam.Terok2.Tah apa2 skill dia buat.Sikit-sikit terpijak bola lepastu jatuh.Daus pon sama,buat aq menangis sebab ketawa.Tak ada keeper pon tak bole gol depan-depan.Sakit perut aku asyik ketawa.Awal-awal kalah terok.Nasib baik.akhir-akhir bole kejar balik.Lepas dah penat main bola,kami berempat pergi semula ke dewan untuk melihat keputusan pemain-pemain catur pontian yang lain.Harith tanya kat aku "korang semua pegi mana?penat aku cari kau"aku jawablah,aku baru habis main futsal.Best giler...!Apa lagi,semua budak-budak laki pergi futsal.Aku yang lepas main pon pergi sekali untuk main jugak.Pontian A Vs Pontian B.Team Pontian A yang aku ingat ialah luqman,nizam,azam,aku dan lain-lain.Pontian B pulak harith,syazwan,fahrin,najib dan lain-lain.Keputusannya Pontian A 5 dan Pontian B 4.Campur dengan budak cina sekolah lain sekali tau.Budak darjah enam yg team aq tue power gila.Dia lh yg paling banyak gol.Hatrik pulak tue.Hebatlah nizam.Tue sebabnya team aku menang.Hilang semua strees aku kalah dalam catur lepas habis main futsal.Lepastu, terus masuk dalam bas.Dalam bas confirm lah bau busuk sebab semua berpeluh.Hahaha.

Dalam bas apa lagi.Semuanya buat bising dan ada yang tak puas hati sebab kalah futsal.So,esok pon kena main lagi lah.Nak tahu tak lepas nie pergi mana?Lepas nie faiz pergi Bp Mall.Sampai ke Bp Mall pukul lima petang.Masa untuk berkumpul semula pukul 8.30 malam.So,ada masa yang lama untuk jalan-jalan dan beli-belah.Mula-mula faiz dan kawan-kawan pergi solat dulu asar dan lepas tue kita baru enjoy tapi kena dalam berkumpulan sebab takot budak-budak kecik tersesat..Perut rasa lapar jadi faiz pergi beli makanan dulu.Lepastu pergi tempat game token dan jalan-jalan tengok kedai.Tapi tak beli apa pon.Diaorang nie sikit-sikit nak berhenti.Penat lah.Aku nie bosan tau.Masa ada banyak lagi.So,dari berkumpulan faiz jalan berdua dengan daus.Dengan daus lah,faiz rasa happy,seronok dan lain-lain.Singgah kedai buku,singgah kedai henfon,singgah kedai gula-gula.Masa jalan-jalan dengan daus,dia lah yang selalu belanja faiz.Belanja beli gula-gula,sushi,air,marshmallow dan lain-lain.
Dialog sekejap:
Aku:Berapa ratus lah mak kau bagi kat kau?Banyak seyh duit kau
Daus:Tak ada lh.Nie duit belanja aku kumpul.Dekat sekolah,masa rehat aku bukan suka sangat belanja.Aku
bangga dan gembira tau jalan dengan kau.Tiap kali masuk kedai,cashiernya or penjualnya mesti tengok kau.
Aku:Ya lah tue.Mana ada cashier tue tengok aku.*Sebenarnya aku gembira jugak jalan dengan kau.Baik betol hati kau belanja aku macam-macam*.*cakap dalam hati*Hari nie aku happy sebab dapat main Galaxy Gear,Tab,I Phone,X Box,Segala jenis samsung dan lain-lain.
Daus:Betol lah.Aku tak tipu.Sama lah happy.

Dah dekat pukul 8 lebih.So,aku dan daus pergi solat maghrib dulu.Lepastu berkumpul di luar Bp Mall.Sampai kat sana semua orang dah berkumpul.Aku dan daus lah antara orang yang terlambat sampai.Sampai kat sana semua orang tanya aku denagan daus pergi mana?kau tengok wayang ya?kau tengok cerita apa?Boleh pulak tanya macam tue.Aku mana ada tengok wayang.Abis tue ada pulak yang kata ada yang nampak aku dengan daus pergi tengok wayang.Apa lah.Lepastu kena panggil pulak dengan cikgu Maahad.Dia tanya kenapa lambat?pergi mana?tengok wayang ya?dah solat belom?solat pukul berapa?betol awak tak tengok wayang.Pehh,berapa banyak lah soalan.Jenuh aku dengan daus nak jawab.Last,daus boleh pulak kena cubit dengan cikgu dia.Nasib baik aku tak kena.Tapi kesian pulak aku tengok dia.Abis tue budak catur yang lain tanya lagi kat aku.Cikgu tadi cakap apa?Alah,,dia tanya kenapa lambat jek.Korang punya pasal lah nie.Aku dengan daus kena fitnah.Daus dari tadi buat muka sedih lepas kena marah dengan cikgu dia.Aku cakap lah dengan daus,relax lah hari nie aku gembira tau jalan-jalan dengan kau.Belom tentu diaorang dapat pegang galaxy gear dan lain-lain yang kita main.Aku pon sedih jugak sebenarnya.Boleh pulak kena fitnah.Lepas nie,faiz dan yang lain pergi makan di kedai makan.Cikgu Mahadi belanja.Sambil menunggu makanan yang agak lama hendak sampai.Faiz berbual dengan kawan yang lain.Masa makan boleh pulak tak ada air.Makanannya dah lah pedas.Berpeluh-peluh aku makan n dah nak tercekik pulak tue aku.Fahrin lah buat lawak.Siap bole beli dua kali air guna duit sendiri sebab air tak ada.Yang lain semua tengok.Lagi-lagi budak perempuan.Jag samapi je dalam berapa minit je tinggal air batu sebab ramai sangat yang ambik air.Budak perempuan lah nie.Tak berperikemanusiaan.Habiskan air jek.Kenyang perut aku makan tadi.

Balik dari makan tadi semuanya terus berehat di dorm.Aku berehat sampai tertidur.Yang lain tak tahu lah buat apa.Bangon-bangon semuanya tengah buat hal masing-masing.Ada yang main catur.Dah kalah pon nak main.Hahaha.Aku tanya lah kat diaorang,dah pukul berapa nie?Diaorang jawablah,dah pukul 5 lebih.Dah jom pergi solat subuh.Aku punya lah terkejut.Solat isyak pon belom lagi.Mak ai,macam tak rasa aku tidur.Sekali aku tengok jam baru pukul 12 lebih.Apa lah kena tipu hidup-hidup.Tue lah balik-balik terus tidur dengan tak basuh kaki.Lepastu,aku terus tukar baju dan solat isyak kat surau.Dah dekat pukul satu pagi tapi diaorang tak tidur lagi.Apa lagi,aq main lah catur dengan fahrin.Fahrin lawan azam,syazwan,daus,najib dan aku.Apa lah semua kalah lawan fahrin kecuali aku.Menang dua kali tau.Diaorang nie dah nak menang pon boleh kalah.Dah lah main touch move,illegal move n claim.Tak bole pakai lah korang nie.Aku hantar korang untuk lawan fahrin bukan untuk menempah kekalahan,tapi untuk menang.Apa pon tak bole.Nak kena aku jugak yang nak settlekan.Hahaha.Dalam pukul dua pagi baru aku tidur.

Esok harinya kena kejutkan dengan cikgu maahad sebab kena gerak ke adtec awal-awal pagi.Semuanya kelam kabut.Mandi,solat subuh,kemas-kemas barang dan terus bawak beg ke bas.Huhu.Hari nie hari terakhir.Sampai ke adtec terus pergi makan kat kantin adtec.Kenapa lah,time lalu nak pergi makan kat kantin mesti terlanggar bendulnya.Dah berapa kali lah aku langgar.Buat malu jek.Pergi tengok pairing untuk perlawanan yang keenam,sekali lawan dengan daerah sama lagi.Lawan dengan Harith.Apa lah nasib aku.Asyik lawan daerah sama jek.Masa lawan dengan Harith aku dah nak menang tapi sebab aku nie baik kan.So,seri jek.Kalau menang pon bukan bole pergi meja depan-depan.Main bole ketawa-ketawa pulak tue,jalankan buah orang,tekan jam kuat-kuat.Sampai arbiter datang tengok.Masa arbiter datang tengok,semuanya konon  main betul-betul.Tekan jam kuat-kuat sampai nak pecah.Cakap touch move kuat-kuat.Masa perlawanan yang terakhir semuanya dah berpakat nak seri jek dan nak naik atas pentas ramai-ramai.Baru rare.7 meja terakhir semuanya nak seri.Masa naik pentas,ramai gila yang tengok sebab pelik dan arbiternya siap tergelak sekali.Sampai kat atas,orang yang ambik keputusan tue tanya.Nie semuanya nak seri ya?Semuanya jawablah ya.

Oleh sebab habis cepat,aku dan yang lain-lain terus pergi main futsal lagi.Kali nie aku masuk Pontian B.Antara pemain Pontian A ialah luqman,sabri,nizam,khairul dan lain-lain.Pemain Pontian B syazwan,harith,azam,aku dan lain-lain.Kali nie Pontian A kalah terok.Entah berapa lah.8-3 kot.Syazwan lah yang paling banyak jaringkan gol kali nie.Aku pon ada jaringkan gol tau.Gol aku lah yang paling jauh dan paling cantik sekali.Gol dari tengah.Siap lencong sekali tepat kat angle.Malas lah nak bangga tapi terpaksa jugak aku riak.Memang best lah main futsal dengan korang semua.Setelah penat bermain,semuanya berkumpul semula di dewan untuk penyampaian hadiah dan sijil.Hanya Riski sorang je yg dapat pingat kerana dapat nombor 7 dan akan ke round robin untuk pertandingan catur mssm nanti di sarawak.Tahniah ya adik.Wakil johor tue.Habis jek penyampaian hadiah dan sijil,semuanya terus masuk ke bas untuk pulang ke destinasi masin-masing.Tak sempat nak ambik gambar ramai-ramai buat kenangan.Kat dalam bas macam biasa lah.Buat bising dan nyayi.Nasib baik kat dalam bas aku sempat ambik nombor korang semua.Tak dapat bawak pingat dapat bawak calon isteri cukup lah.

Aku rindu sangat kat korang.Harap korang rindu kat aku jugak dan harap dapat jumpa lagi
*Nanti kalau ada masa aku masukkan gambar yang fahrin ada ambik kat sana.*
Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Singgah Lagi :)