Tuesday 17 September 2013

Futsal Kukup Ke-3

Pada hari ahad yang lepas (15.09.2013),saya dan kawan2 yang lain telah masuk pertandingan futsal di kukup.kami pergi menaiki bas dan sepanjang perjalanan kami hanya tidur sahaja kerana hujan di luar sana.setibanya kami di sana kami semua singgah di kedai makan sebentar untuk bersarapan.setelah selesai makan kami bersiap-siap memakai kasut untuk masuk ke gelanggang futsal.

Pada perlawanan pertama saya bermain pada masa yang pertama sahaja.walaupun kami kalah 4-1.saya dan kawan2 tetap gembira.yang semestinya terlampau gembira dan bangga ialah penjaring gol team kami,Zaman.Zaman konon star lah apabila dapat jaringkan satu gol kerana dia menjaringkan gol dari jarak yang jauh yang turut dibantu oleh Daus.Dalam perlawanan tersebut saya juga berjaya melepaskan beberapa sepakan yang berbahaya ke arah pintu gol.malangnya kerap kali ditepis keeper dan terkena tiang gol.setelah tamat perlawanan kami semua menjamu selara di food court kukup.sementara menunggu perlawanan yang kedua start.kami semua berbincang untuk memperbaiki strategi dan corak permainan sebelum perlawanan bermula.

Pada perlawanan yang kedua pula,saya bermain pada masa yang kedua.sepanjang perlawanan yang kedua kami dapat memperbaiki corak dan strategi permainan berbanding pada perlawanan yang pertama.dalam perlawanan yang kedua juga.saya turut tidak melepaskan peluang mencuba melepaskan beberapa sepakan ke arah pintu gol tetapi seperti di perlawanan yang pertama,banyak sepakan yang ditepis keeper dan malangnya asyik terkana tiang saja sepakan saya.walaupun kalah 2-0 pada perlawanan yang kedua kami semua tetap gembira.Setelah tamat perlawanan yang kedua kami pergi lagi makan di food court kukup.sepatutnya kami ada perlawanan yang ketiga tetapi kami tidak pergi kerana semua malas nak gerak setelah makan terlampau banyak

Habis kesemua perlawanan, kami semua singgah di masjid untuk solat sebentar dan berehat serta mengambil beberapa gambar.dan inilah beberapa gambar yang telah di ambil;























Sebelum pulang kami sempat berjogging di kukup dan singgah di ysl pontian@billion.Akim iaitu manager kami telah pergi membeli kfc untuk keluarganya dan kami juga sempat ronda2 melihat kedai2 yang terdapat di billion.kami semua balik dengan menaiki bas dengan muka kepenatan.
Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Singgah Lagi :)

0 comments: